About Us

PRESTASI TANGKAS SDN BHD ditubuhkan pada 22 Oktober 2010 dan merupakan sebuah syarikat 100% Bumiputra milik berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Juga merupakan sebuah pusat latihan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

PRESTASI TANGKAS SDN BHD
 telah berkembang sejak beberapa tahun dengan jumlah  pengalaman kolektif lebih daripada 5 tahun dan kini mampu memenuhi cabaran dan permintaan dalam industri Teknologi Maklumat dan Perkhidmatan Latihan. Secara dasarnya, PRESTASI TANGKAS SDN BHD adalah sebuah entiti yang  menceburi perniagaan dalam industri Teknologi Maklumat (Information Technology) dengan pelbagai fungsi dan pelbagai disiplin dengan pengetahuan mendalam teknologi dan keperluan untuk menyelaraskan dengan objektif utama perniagaan.


PRESTASI TANGKAS SDN BHD juga merupakan pusat sehenti yang menawarkan latihan pembangunan professional dari segi memberi nilai tambah kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap para peserta dalam komuniti bumiputera.

PRESTASI TANGKAS SDN BHD berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan dipelbagai agensi kerajaan dan syarikat dengan sekumpulan panel fasilitator yang berpengalaman luas dalam latihan dan  pembangunan modal insan. Syarikat menawarkan dua bentuk latihan iaitu Latihan Untuk Awam (public) dan Latihan ‘In-House’.


PRESTASI TANGKAS SDN BHD menawarkan pelbagai latihan dalam bidang-bidang seperti Pembangunan Diri dan Motivasi, Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan, Komunikasi dan Perkhidmatan Pelanggan, Pemasaran dan Jualan, Penerbitan dan lain-lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa.